Tuesday, February 26, 2008

AFFILIATE PROGRAMME IN MALAYSIA!

Program 'affiliate' di Malaysia telah mula berkembang sejak kebelakangan ini. Jika kita melayari sesebuah laman web, kita akan sering berjumpa dengan laman web yang menawarkan program 'affiliate' ini.

Program 'affiliate' ini (kepada mereka yang baru dengan istilah ini) adalah suatu kaedah dimana sesebuah laman web menawarkan suatu bentuk ganjaran atau faedah yang berupa wang tunai berdasarkan peratusan-peratusan tertentu yang ditetapkan oleh sesebuah laman web apabila anda mempromosikan barangan yang ingin dijual oleh pemilik laman web tersebut melalui laman web anda. Wang tunai hanya akan dibayar sekiranya pihak ketiga yang mendapat maklumat berhubung barangan tersebut melalui program 'affiliate' yang anda promosikan membeli barang dari pemilik laman web yang menganjurkan program 'affiliate'. Secara mudahnya program 'affiliate' adalah seperti menjadi jurujual separuh masa kepada laman web tersebut.

Antara laman web yang paling banyak menawarkan program 'affiliate' ini adalah laman web yang menjalankan penjualan :

1) E-book
2) Hos laman web

Anda mungkin tertarik dengan tawaran-tawaran yang diberikan melalui program 'affiliate' mereka, namun anda perlu meneliti dan mempastikan dahulu beberapa perkara ini sebelum membuat keputusan menyertai program 'affiliate' tersebut.

Apa yang anda MESTI selidiki, fahami dan pastikan....

1) Laman web tersebut boleh dipercayai!

Dipercayai di sini bermaksud, laman web dari syarikat yang berdaftar dengan Suruhajaya
Syarikat Malaysia. Ini memudahkan anda untuk membuat laporan sekiranya berlakunya
penyelewengan yang mungkin berlaku.

2) Hati-hati dengan laman web menawarkan ganjaran yang terlalu tinggi dan agak tidak
munasabah!

Ada kemungkinan mereka ini menawarkan ganjaran yang tinggi hanya untuk menarik
perhatian anda untuk menjadi ahli 'affiliate' mereka tetapi tidak akan membayar
ganjarannya kepada anda. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni-testimoni yang
dilampirkan gambar sekalipun kerana sesiapa saja boleh membuat pengakuan tersebut.
Mungkin di kalangan teman-teman rapat, ahli keluarga dan mungkin yang dibayar untuk
memberi testimoni dilaman web mereka.

3) Jika anda menyertai sesuatu program 'affiliate', anda akan diberi kata laluan untuk
mengakses laman software affiliate di laman web tersebut.

Di sana anda boleh melihat berapa jumlah pengunjung yang telah masuk ke laman web
yang anda promosikan. Namun harus diingat, anda tidak dibayar berdasarkan jumlah
pengunjung laman web yang anda promosikan tetapi berdasarkan pembeli yang membeli
barangan yang dipromosi melalui program affiliate anda. Dengan kata lain, jika andainya
pengunjung laman web tersebut mencecah 100,000 orang yang mengunjung melalui
program affiliate anda, anda tidak akan dibayar satu sen pun.
Ini lah kelebihan menawarkan program 'affiliate' kepada pemilik laman web tersebut iaitu
mendapat promosi PERCUMA kepada 100,000 orang dari anda. Duduk diam dapat
100,000 orang pelawat!

4) Anda juga perlu tahu bahawa ada situasi dimana sekiranya pelawat yang mengetahui
tentang barang yang dijual melalui program affiliate anda dan kemudiannya membeli
barang tersebut, anda juga tidak berhak mendapat sebarang ganjaran!

Ini boleh berlaku sekiranya....

a) Pelawat tersebut melayari laman web anda di pejabat, kemudiannya membeli barangan
tersebut melalui internet menggunakan komputer dirumahnya.

b) Sekiranya laman web tersebut memberi pilihan untuk membayar melalui perbankan
internet atau memasukkan wang tunai melalui mesin deposit.

Jika pelawat tersebut memilih untuk memasukkan wang tunai melalui mesin deposit,
urusan tersebut tidak lagi menjadi milik anda. Bayangkan jika 100,000 orang yang
melakukan transaksi seperti itu setelah mendapat maklumat dari program affiliate anda,
apa yang anda akan dapat??? Ayat yang paling mudah untuk diucapkan ketika itu
adalah "dah bukan rezeki saya!"

Di harap melalui penerangan serba ringkas berkaitan tentang Program Affiliate ini telah memberi sedikit gambaran kepada anda terutama kepada mereka yang baru mengenali program affiliate ini.

Saya tidak menghalang anda untuk menyertai mana-mana program affiliate. Artikel ini sekadar berkongsi pengalaman dan memberi panduan kepada anda.

SEMOGA ANDA TIDAK MUDAH TERTIPU DAN MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK!

SIAPAKAH JUARA AKADEMI FANTASIA TERBAIK PILIHAN ANDA?

AKSI MURAI - CELEBRITIES!

AKSI MURAI - HOT!